Kit panduan untuk mangsa keganasan seksual dapatkan bantuan bakal dilancar
Premium
Kit panduan untuk mangsa keganasan seksual dapatkan bantuan bakal dilancar
Nov 5, 2023 | 5:30 AM
PANDUAN UNTUK MANGSA: Kit panduan yang akan diperkenalkan bakal mengandungi maklumat tentang jenis keganasan seksual, talian bantuan dan sumber masyarakat yang ada, serta cara menangani trauma dan memberi sokongan kepada mangsa. - Foto fail
Satu kit panduan (toolkit) bagi membimbing mangsa kes keganasan seksual tentang bantuan dan sokongan yang ada untuk mereka akan diperkenalkan semasa pelancaran kempen terhadap keganasan seksual pada 11 November.
Menyatakan demikian kepada Berita Minggu (BM), penganjur kempen itu, pengerusi Casa Raudha, Cik Shahrany Hassan, berkata panduan tersebut akan menyertakan maklumat tentang jenis keganasan seksual, talian bantuan dan sumber masyarakat yang ada, serta cara menangani trauma dan memberi sokongan kepada mangsa.
Laporan berkaitan
Dirogol abang kandung semasa kecil, mangsa cari jalan keluar selamatkan diriNov 1, 2023 | 8:21 PM
Mangsa serangan seksual diberi sokongan hadapi traumaNov 1, 2023 | 8:26 PM

