Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klinik antara 10 kelompok Covid-19 baru aktif: MOH

Jul 28, 2021 | 5:30 AM
KELOMPOK BARU: Apex Medical Centre yang terletak di Jurong West Street 92 dilaporkan sebagai kelompok Covid-19 baru pada 26 Julai 2021. - Foto APEX CLINIC & SURGERY
KELOMPOK BARU: Apex Medical Centre yang terletak di Jurong West Street 92 dilaporkan sebagai kelompok Covid-19 baru pada 26 Julai 2021. - Foto APEX CLINIC & SURGERY -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesan 10 kelompok Covid-19 baru yang aktif, termasuk satu yang dikaitkan dengan sebuah klinik di Jurong West.

Ini menjadikan jumlah kelompok aktif di sini kepada 35, jumlah tertinggi pada bulan lalu, kata MOH lewat malam kelmarin.

Sebanyak tiga kes Covid-19 telah dikaitkan dengan Apex Medical Centre (Jurong), sebuah klinik di Jurong West Street 92. Ini adalah salah satu daripada tujuh kelompok baru yang masing-masing mempunyai tiga jangkitan.

Selebihnya tiga kelompok baru masing-masing mempunyai empat kes.

Pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 menggariskan rancangan di Parlimen kelmarin untuk mengkaji semula sekatan Covid-19 pada awal bulan depan, serta melonggarkan lagi sekatan pada September apabila sekitar 80 peratus penduduk di sini dijangka sudah menerima dua dos penuh vaksinasi mereka.

Pelonggaran langkah-langkah hanya akan berlaku bagi individu yang divaksinasi, dan hanya jika kelompok koronavirus di sini terkawal dan kadar kemasukan ke hospital tetap rendah, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Encik Wong merupakan pengerusi bersama MTF dengan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.

Dalam kenyataan kementeriannya, Encik Ong berkata, kelompok KTV terkawal, dengan bilangan mereka yang dijangkiti dalam beberapa hari lepas berada di tahap satu angka.

Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) yang "lebih besar dan lebih menyusahkan" yang juga dikaitkan dengan kelompok KTV merupakan sebab utama mengapa Singapura terpaksa kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan), jelas Encik Ong.

Namun, beliau menambah bahawa terdapat tanda-tanda positif bahawa keadaan semakin stabil.

Meskipun kelompok JFP masih bertambah, penambahan itu adalah pada kadar yang lebih perlahan, katanya.

Sementara itu, peratusan kes yang diasingkan atau dikuarantin sebelum mereka disahkan kes Covid-19 positif juga merupakan trend yang meningkat, tambah beliau.

Penularan virus tidak mungkin dapat dibasmi, kata Encik Ong, sambil menekankan bahawa vaksinasi adalah kunci.

Kata Encik Wong pula:

"Saya mengemukakan permintaan khas kepada semua yang masih belum divaksinasi atau belum mendaftar untuk divaksinasi, terutama ibu bapa dan datuk nenek kita: Sila tampil ke hadapan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg