Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klinik gigi bagi warga tua, golongan berkeperluan khas di Outram dirasmi

Jun 21, 2016 | 2:37 PM
-

SEBUAH klinik gigi baru yang ditubuhkan untuk warga tua dan mereka yang mempunyai keperluan khas dirasmikan pada pagi Selasa (21 Jun).

Klinik Pergigian Jagaan Geriatrik Khas, bertempat di Pusat Pergigian Nasional Singapura di Outram, mula beroperasi pada September lalu.

Ia dilengkapi kemudahan untuk merawat mereka yang mempunyai masalah mobiliti, seperti kerusi pergigian yang membolehkan pesakit dirawat tanpa perlu bangun dari kerusi roda mereka.

Ia pusat seumpama itu yang pertama di sini dan telah menyaksikan lebih 4,000 lawatan pesakit setakat ini. Ramai daripada mereka mempunyai keadaan kesihatan mulut rumit yang sukar ditangani di klinik penjagaan utama.

"Apabila keadaan kesihatan mulut pesakit stabil (di klinik ini), mereka dirujuk semula kepada penyedia penjagaan kesihatan pergigian utama mereka... untuk meneruskan penyenggaraan rutin dan penjagaan pencegahan," kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, semasa berucap dalam majlis perasmian klinik tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg