KES tunggal Covid-19 yang dilaporkan dalam masyarakat kelmarin telah dikaitkan dengan 3 lagi kes dalam negara ini dan mendorong Kementerian Kesihatan mengumumkan kemunculan kluster yang baru.

Pesakit yang berusia 44 tahun itu merupakan warga Papua New Guinea, yang tiba di Singapura daripada Australia pada 25 Mac dengan pas lawatan jangka pendek untuk satu projek kerja, lapor The Straits Times.

Dua kes lain yang dalam kluster ini ialah rakan-rakan sekerjanya, yang tiba di Singapura dalam kapal terbang berlainan dari Papua New Guinea, kata MOH.

Seorang lagi merupakan lelaki warga Colombia, berusia 50 tahun yang juga di sini untuk bekerja - yang berada dalam pesawat yang sama.

Pesakit terbaru dalam kluster ini diuji positif jangkitan koronavirus pada 30 Mac.

Warga Papuan yang berusia 44 tahun itu sebelum ini diuji negatif untuk virus itu lima kali berasingan - termasuk sekali dalam ujian sebelum melancong di Australia pada 23 Mac dan tiba di Singapura pada 25 Mac.

MOH berkata sebelum dikuarantin pada 1 April, beliau mempunyai jadual perjalanan yang terkawal di Singapura yang mengehadkan batasan perjalanannya dari tempat kerja ke hanya tempat tinggal.

Beliau dikuarantin setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes dalam kluster itu dan diuji negatif untuk virus itu pada 2 April.

Namun, satu lagi ujian swab yang dilakukan pada 12 April kembali positif untuk virus itu.

Dia kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans.

"Kami telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes penularan tempatan kerana beliau berulang kali menguji negatif terhadap Covid-19 sebelum 12 April," kata kementerian itu.

"Dia kemungkinan telah dijangkiti melalui pendedahannya terhadap kes 61461 dan 61470 sepanjang pekerjaan mereka," tambah kementerian itu.

Ini adalah kluster tempatan pertama yang aktif sejak 25 Mac, ketika MOH mengumumkan penutupan kluster yang melibatkan anggota kru kabin Singapore Airlines dan suaminya.

Terdapat juga 26 kes import yang dilaporkan oleh MOH, menjadikan jumlah harian menjadi 27 .

Ini juga menjadikan kes koronavirus di Singapura berjumlah 60,719.

Dengan 18 kes dikeluarkan daripada hospital kelmarin, 60,377 pesakit telah pulih sepenuhnya dari penyakit ini.

Sebanyak 61 pesakit masih berada di hospital, termasuk dua orang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sementara itu terdapat 236 orang dalam keadaan pulih di kemudahan masyarakat.

Singapura mempunyai 30 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 yang positif didapati meninggal dunia disebabkan oleh sebab lain.

COVID-19 DI S'PURA - 15 APR

KES BARU: 16

DALAM MASYARAKAT: 0

IMPORT: 16

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN KES: 60,735

(Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di ww.BH.sg