Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kok Song sudah bersedia untuk tanding

Aug 11, 2023 | 5:21 PM
BERAMAH MESRA: Encik Ng Kok Song bertemu tiga wanita di salah sebuah gerai yang dikunjunginya. (Dari kiri) Cik Aini Tay  Azman, Cik Jumiahton Kasmarie (bertudung hitam) dan Cik Linah Tay Azman (kanan).
BERAMAH MESRA: Encik Ng Kok Song bertemu tiga wanita di salah sebuah gerai yang dikunjunginya. (Dari kiri) Cik Aini Tay Azman, Cik Jumiahton Kasmarie (bertudung hitam) dan Cik Linah Tay Azman (kanan). - Foto BH oleh KHALID BABA

Bakal calon presiden, Encik Ng Kok Song, berharap dengan rekod prestasinya, beliau layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

Ini dikatakan dalam pertemuannya dengan media setelah mengunjungi The Marketplace, yang menempatkan pasar dan pusat makan di New Upper Changi Road, pada pagi Jumaat.

Encik Ng, 75 tahun, menyasarkan tiga ciri yang dimilikinya, iaitu kecekapan, tanggungjawab dan kewibawaan, sebagai kelebihan untuk rakyat mengundinya.

Beliau telah mengemukakan permohonan sijil kelayakan kepada Jabatan Pilihan Raya Singapura minggu lalu dan berharap untuk mendapat jawapan positif daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) dalam satu hingga dua minggu akan datang.

“Saya mempunyai harapan, malah ini adalah keputusan PEC,” kata Encik Ng yang merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan (GIC).

Semasa lawatan ke The Marketplace, Encik Ng, yang ditemani tunangnya, Cik Sybil Lau dan adik lelaki Encik Ng, Encik Charles, bertemu dengan peniaga gerai dan pengunjung.

Mengenai ketiga-tiga ciri yang beliau miliki, Encik Ng berkata:

“Saya percaya bahawa ‘kecekapan’ adalah satu kualiti penting sabagai seorang presiden kerana ia peranan penting dalam melindungi rizab negara.”

“Keluarga saya dahulunya miskin dan saya harus bekerja untuk menyara 10 adik-beradik dan ibu bapa saya. Apabila isteri saya sakit disebabkan penyakit barah, saya yang menjaganya. Jika saya menjadi presiden, saya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga rakyat Singapura,” tambah Encik Ng.

“Ayah saya menanamkan nilai ‘wibawa’ pada usia muda. Untuk menjadi baik, berkasih sayang, jujur dan melakukan perkara yang betul. Sepanjang hidup, saya membawa ketiga-tiga nilai ini bersama saya.”

Apabila ditanya mengenai persediaannya untuk kempen, Encik Ng mengakui beliau tidak mempunyai pasukan besar.

Tetapi beliau berharap melalui lawatan sebegini dan berjumpa dengan orang ramai, beliau dapat berkongsi tentang dirinya kepada mereka.

Beliau berharap dapat bertemu dengan sebanyak mungkin orang untuk berkongsi kisahnya termasuk di media sosial.

Setelah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan Writ Pilihan Raya Presiden, Encik Ng berkata: “Saya bersedia untuk perjalanan yang akan datang. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Saya akan memberikan yang terbaik untuk berkhidmat kepada semua rakyat Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg