Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Komander tentera Brunei dianugerah Pingat Jasa Gemilang

Jun 15, 2022 | 5:30 AM
ANUGERAH BERPRESTIJ: Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bol Hassan (tengah) telah menerima anugerah berprestij Pingat Jasa Gemilang (Tentera) yang disampaikan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (kiri) semalam. - Foto MINDEF
ANUGERAH BERPRESTIJ: Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bol Hassan (tengah) telah menerima anugerah berprestij Pingat Jasa Gemilang (Tentera) yang disampaikan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (kiri) semalam. - Foto MINDEF -

KOMANDER Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bol Hassan, telah menerima anugerah berprestij Singapura Pingat Jasa Gemilang (Tentera) atas sumbangannya dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara Tentera Singapura dan Tentera Darat Diraja Brunei (RBLF).

Pingat tersebut, yang diberikan kepadanya oleh Presiden Halimah Yacob, telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.

"Mejar Jeneral Dato Haszaimi diberikan anugerah ini atas sumbangan beliau dalam usaha memperkukuh hubungan pertahanan antara Tentera Singapura dan RBLF semasa menjadi Komander RBLF

"Di bawah kempimpin beliau, hubungan dua hala Tentera Singapura dan RBLF telah diperkukuh melalui pertukaran profesional dan kursus-kursus yang dihadiri kedua belah pihak," menurut Mindef dalam satu kenyataan.

Kementerian itu menambah, di bawah kepimpinan Mejar Jeneral Dato Haszimi, kedua-dua negara telah bekerjasama dengan baik di wadah pelbagai hala seperti Mesyuarat Panglima-Panglima Tentera ASEAN.

Interaksi ini menghasilkan manfaat profesional dan menjalin persaudaraan antara Tentera Singapura dan RBLF.

"Saya sangat berbesar hati menerima pingat ini hari ini. Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pertahanan dan RBAF, saya ingin meluahkan kesyukuran dan penghargaan kepada Pemerintah Republik Singapura kerana mengiktiraf sumbangan saya," kata Mejar Jeneral Dato Haszimi.

Beliau telah memulakan lawatan pengenalan ke Singapura pada 9 Jun dan akan pulang hari ini.

Sebelum majilis anugerah itu, beliau telah melawat Kemudahan Maklumat Menentang Keganasan dan kapal frigat Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), RSS Formidable, di Pangkalan Tentera Laut Changi kelmarin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg