Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Komedi bantu pelanggan kenal pasti hasil tempatan dilancar

Apr 23, 2021 | 5:30 AM
SOKONG HASIL TEMPATAN: Filem komedi 'Trace Mak Together' memaparkan kisah tiga adik-beradik yang mengintip ibu mereka sedang beliau membeli-belah barang dapur. - Foto MSE
SOKONG HASIL TEMPATAN: Filem komedi 'Trace Mak Together' memaparkan kisah tiga adik-beradik yang mengintip ibu mereka sedang beliau membeli-belah barang dapur. - Foto MSE -

KEMENTERIAN Kemampanan dan Sekitaran (MSE) telah melancarkan komedi empat minit yang bertujuan meraih sokongan untuk makanan yang dihasilkan secara tempatan dengan menunjukkan penonton tempat membeli hasil tempatan itu dan bagaimana mengenal pastinya.

Filem yang bertajuk 'Trace Mak Together' itu memaparkan kisah tiga adik-beradik yang mengintip ibu mereka sedang beliau membeli-belah barang dapur.

Komedi tersebut boleh ditonton di wadah media sosial MSE.

Usaha ini saling melengkapi pelancaran logo hasil tempatan baru tahun lalu oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) .

Logo SG Fresh Produce itu membantu pelanggan mengenal pasti hasil tempatan dengan mudah dan boleh didapati di bungkusan dan barang pemasaran terpilih.

Pengarah Perhubungan dan Kerjasama 3P, Cik Selina Lim berkata salah satu sasaran di bawah Pelan Hijau Singapura 2030 adalah untuk memenuhi 30 peratus keperluan pemakanan tempatan Singapura dengan makanan yang dihasilkan secara tempatan menjelang 2030.

Untuk mencapai matlamat tersebut, MSE dan SFA telah mengambil langkah untuk mengadakan ruang dan prasarana bagi pertanian dan akuakultur, membangunkan bekalan tempatan pekerja berkemahiran untuk sektor pertanian-makanan, mempromosikan penyelidikan dan pembangunan, dan mempertingkat sokongan pembiayaan untuk menggalakkan industri pertanian makanan agar menggunakan teknologi yang amat produktif, berdaya tahan secara iklim dan cekap dari segi sumber.

"Bagaimanapun, permintaan daripada pelanggan adalah penting untuk ekosistem pertanian-makanan yang bersemangat.

'Trace Mak Together' adalah cara riang untuk meningkatkan kesedaran tentang hasil tempatan, yang kami harap akan menggalakkan lebih ramai penonton untuk menyokong hasil tempatan," tambahnya.

Filem komedi 'Trace Mak Together' yang merupakan kerjasama antara MSE dan OHBOY! Pictures itu menampilkan pelakon dan pelawak veteran Zaliha Hamid, pelakon dan pengacara Nadiah M.Din, dan pelakon lawak Farah Lola.

Mereka digandingkan bersama pelakon veteran Mahadi dan pelakon Haslinna Ja'aman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg