Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Komponen dalam unit penjana kuasa punca bekalan elektrik terputus

Sep 21, 2018 | 1:39 PM
BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS: Blok perumahan di sekitar Canberra Crescent diselimuti kegelapan semasa bekalan elektrik terputus pada 18 September 2018.
BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS: Blok perumahan di sekitar Canberra Crescent diselimuti kegelapan semasa bekalan elektrik terputus pada 18 September 2018. - FOTO ZAOBAO

KOMPONEN tertentu yang digunakan dalam unit penjana kuasa milik Sembcorp Cogen dan Senoko Energy adalah punca bagi bekalan elektrik terputus yang menjejas 19 kawasan di negara ini Selasa lalu (18 September), menurut siasatan terkini.

Bercakap di pelancaran Pasaran Elektrik Terbuka (OEM) seluruh negara hari ini (21 September), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata gangguan itu berlaku kerana unit pertama - yang dikendalikan Sembcorp - mengalami masalah dan alat sokongannya juga mempunyai komponen yang sama.

"Kami sedang menjalankan ujian lanjut kerana sesetengah komponen ini juga digunakan loji di Singapura.

"Kami sedang bekerjasama dengan pengilang peralatan asal untuk memastikan agar hal ini tidak diulangi," kata Encik Chan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg