Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Konflik Israel-Hamas diajar di sekolah bagi sedia ruang selamat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik Israel-Hamas diajar di sekolah bagi sedia ruang selamat

Feb 23, 2024 | 10:21 PM



Menteri Pendidikan (MOE) berkata ia mendedahkan para pelajar kepada peperangan Israel-Hamas dalam kelas Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) dengan tujuan menyediakan ruang selamat untuk pelajar memahami situasi yang rumit itu.

Di samping itu, ia membolehkan mereka membentuk pandangan sendiri, menghargai pelbagai perspektif berbeza, memahami maklumat tentang isu itu dan situasi tersebut daripada perspektif Singapura, termasuk perlunya memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara.

Menjawab soalan Berita Harian (BH) pada 23 Februari, jurucakap MOE berkata guru dilatih untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan umur untuk membantu pelajar dari peringkat berbeza, dari sekolah rendah peringkat atas hingga prauniversiti, menghargai dimensi berbeza dalam isu Israel-Hamas dan membincangkannya secara sensitif serta hormat.


Pelajaran itu diajarkan kepada pelajar Darjah 5, Darjah 6, sekolah menengah dan prauniversiti.

Difahamkan pelajar peringkat tersebut dipilih kerana mereka sudah terdedah kepada media sosial, dan topik tersebut mula diajarkan sejak Februari 2024.

Beberapa pembaca BH termasuk ibu bapa dan guru telah menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap pelajaran CCE berkaitan peperangan Israel-Hamas yang telah dilalui anak-anak mereka.

Isu tersebut turut tular di media sosial dengan ramai ibu bapa dan guru berkongsi pengalaman peribadi mereka serta meluahkan rasa kurang senang terhadap perkara tersebut.

Beberapa ibu bapa juga berkongsi dalam talian bahawa mereka telah didekati sekolah-sekolah anak mereka untuk bertemu dan membincangkan isu tersebut.

Jurucakap MOE turut menambah bahawa para guru “tidak menekankan pandangan peribadi mereka kepada pelajar, dan tidak membela kepentingan mana-mana pihak tertentu yang terlibat dalam konflik itu”.

BH telah melihat sendiri slaid yang disediakan MOE dan ditunjukkan kepada pelajar semasa pelajaran CCE tersebut.

Antaranya, slaid yang disediakan memberitahu pelajar sumber yang boleh mereka rujuk untuk mengetahui lebih lanjut tentang perang Israel-Hamas.

Sumber yang dinyatakan termasuk laman berita media aliran utama Singapura seperti, The Straits Times dan CNA serta laman berita antarabangsa seperti The Guardian, The New York Times dan Reuters.

“Semasa pelajaran itu, pelajar berpeluang untuk berkongsi pandangan mereka dan meluahkan emosi mereka dalam persekitaran yang selamat, sambil menghormati dan peka terhadap pandangan orang lain.

“Pelajar juga digalakkan untuk mengadakan dialog yang membina dan menyalurkan tenaga mereka ke dalam tindakan positif.

“Guru kami juga menanyakan tentang kesejahteraan emosi pelajar dan mengenal pasti mereka yang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan,” tambah jurucakap itu.

Ia antaranya dilakukan dengan bertanyakan kepada pelajar perasaan mereka setelah mendengar apa yang berlaku di Israel dan Gaza (daripada skala sedikit sedih, sedih, tidak pasti, sedikit marah atau sangat marah).

Slaid yang ditunjukkan kepada pelajar juga menggariskan kejadian utama yang berlaku di Israel dan Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Terdapat slaid tentang sejarah Israel-Palestin sebelum tanggal tersebut, namun slaid itu hanya bagi rujukan guru dan tidak ditunjukkan kepada pelajar.

MOE berkata kurikulum CCE menyokong pembangunan holistik pelajar dan turut mengetengahkan perbincangan tentang isu kontemporari termasuk kesejahteraan mental serta isu sejagat termasuk perang Russia-Ukraine.

“MOE sentiasa mengemas kini bahan CCE kami untuk mengikuti perkembangan dan mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan,” kata jurucakap kementerian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >