Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Kongsi ilmu' kemahiran digital...

Sep 4, 2021 | 5:30 AM
RAIH KEMAHIRAN: Cik Norjah Samdin (kanan) menimba kemahiran digital daripada Duta Digital seperti Cik Nur Shahana Esha di Hab Masyarakat SG Digital di Kelab Masyarakat Jurong Spring. - Foto IMDA
RAIH KEMAHIRAN: Cik Norjah Samdin (kanan) menimba kemahiran digital daripada Duta Digital seperti Cik Nur Shahana Esha di Hab Masyarakat SG Digital di Kelab Masyarakat Jurong Spring. - Foto IMDA -

DUTA digital Cik Nur Shahana Esha dan warga emas Cik Norjah Samdin telah menjalin persahabatan unik berdasarkan dunia digital.

Cik Norjah, 68 tahun, selalu berjumpa Cik Nur Shahana atau duta lain di Hab Masyarakat SG Digital di Kelab Masyarakat Jurong Spring untuk belajar tentang kemahiran digital baru atau bertanya soalan sekiranya beliau menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan dalam talian.

Pelbagai kemahiran telah dipelajarinya, seperti cara melungsuri laman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta cara berbelanja dalam talian. Beliau turut belajar tentang keselamatan siber dan bagaimana mengenal pasti e-mel atau panggilan telefon yang mencurigakan.

"Kemahiran digital ini penting supaya kami warga emas dapat berdikari tanpa memerlukan bantuan anak-anak, dan boleh melindungi diri sendiri apabila menghadapi percubaan penipuan," kata Cik Norjah.

Selain mengajar kemahiran digital asas, Cik Nur Shahana, yang telah bergelar duta digital sejak Jun tahun lalu, turut mengambil peluang untuk mengajar warga emas beberapa jalan pintas, seperti mengimbas telefon yang mempunyai aplikasi TraceTogether apabila mahu daftar masuk tanpa perlu mengimbas kod QR.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg