Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kongsi panduan lengkap demi perjalanan haji lebih teratur

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Pengarah firma Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, menawarkan kursus haji, ‘Persediaan ke Baitullah’, sejak Oktober 2024 lalu untuk jemaah haji bagi tahun 2025.
Pengarah firma Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, menawarkan kursus haji, ‘Persediaan ke Baitullah’, sejak Oktober 2024 lalu untuk jemaah haji bagi tahun 2025. - Foto NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL

Bagi Syarikat Noor Mohamad Services & Travel, menawarkan kursus persediaan ke tanah suci, khususnya bagi jemaah haji, adalah satu keperluan yang sangat penting. Malah syarikat ini telah menyediakan kursus haji ‘Persediaan ke Baitullah’ sejak 18 Oktober 2024 lalu, dan ia akan berlangsung selama enam minggu berturut turut.

Program terperinci ini dimulakan dengan persediaan seperti pelaksanaan dan intipati yang perlu jemaah tahu tentang ibadah haji, serta banyak lagi perkara yang bersangkut-paut dengan ibadah lain seperti solat sunat yang lain.

Pihak syarikat juga bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan doktor bertauliah, untuk membimbing jemaah ke arah kecergasan, kesihatan dan keseimbangan dalam pemilihan pemakanan yang baik.

Menurut Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, persediaan untuk menunaikan haji merangkumi pelbagai aspek. Antaranya menanam niat yang sempurna selain mempunyai persediaan yang cukup; jasmani dan rohani.

Ustazah Juyda berkata pengertian haji iaitu rukun Islam kelima wajib bagi mereka yang mampu melaksanakannya, seperti Firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 97:

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (antaranya) makam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”

Ustazah Juyda berkongsi tujuh panduan untuk persediaan bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada tahun mendatang ini:

1. Mempunyai dan ‘menanam’ niat yang betul untuk mendapat keredaan Allah swt. Usah menunaikan haji hanya kerana ingin mendapatkan gelaran ‘Haji’ atau ‘Hajah’, tetapi tanamkan niat yang murni kerana kita ingin menyahut panggilan Allah swt ke rumah-Nya.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap tentang ibadah dan rukun haji. Hadiri kursus haji dengan komprehensif bersama asatizah dan mutawwif yang berpengalaman dan bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

3. Persediaan kewangan yang kukuh, kerana untuk menunaikan haji, jemaah tidak digalakkan berhutang. Ini kerana fardu kelima ini bukanlah satu perjalanan yang boleh ‘pergi dahulu, bayar kemudian’. Jemaah perlu siapkan kewangan yang mencukupi untuk membayar pakej haji mereka, serta mempunyai wang yang mencukupi untuk berbelanja dan bersedekah di sana nanti.

4. Menjaga kesihatan dengan baik seperti bersenam dan makan ubat serta membuat pemeriksaan kesihatan dengan kerap. Jemaah perlu mengetahui cara terbaik untuk mengambil langkah kesihatan diri mereka dengan sewajarnya. Ini kerana apabila mendapat panggilan ke Baitullah dengan tubuh dan minda sihat, segala ibadah mampu dilakukan dengan sempurna, dan sebaik mungkin.

5. Persediaan kerohanian yang teguh, agar jiwa jemaah tidak ‘kosong’. Mulai sekarang perbanyakkan solat taubat, solat hajat, solat tahajud. Jemaah juga digalakkan memperbanyakkan zikir untuk santapan rohani dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan mereka di tanah suci Makkah dan Madinah nanti.

6. Persediaan diri, iaitu persediaan fizikal yang sihat dan mempunyai daya tahan untuk kuat, seperti perlu berjalan beberapa kilometer, atau bersedia untuk berada di bawah terik matahari. Ketika di tanah suci, persediaan fizikal sama pentingnya dengan persediaan mental, kerana jemaah bakal melalui pelbagai dugaan dan perlu mengharungi dengan sabar dan penuh keredaan.

7. Mempunyai minda yang positif. Apa juga pengalaman dan rintangan yang dilalui, tetaplah berfikiran positif dan usah mengeluh. Mintalah perlindungan daripada Allah swt, agar segala kepayahan dan ujian ini, dapat dihadapinya dengan penuh ketakwaan serta kesabaran.

“Bagi kami, mutu perkhidmatan yang terbaik lebih penting daripada ramainya jumlah jemaah yang mampu kami pimpin. Yang penting, kami berharap dan berdoa agar setiap tahun syarikat ini diberi peluang membawa jemaah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima ini, dengan cemerlang dan mendapat haji yang mabrur untuk semua jemaah kami, insya-Allah,” ujar Ustazah Juyda.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej haji dan umrah daripada Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd:

– Hubungi talian 6743-5321 atau e-mel kepada info@noormohamad.com atau noormst@gmail.com

– Kunjungi pejabat Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd di alamat 810 Geylang Road, #01-88 City Plaza, Singapura 409286.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg