Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kongsi pengalaman sendiri hadapi barah

Feb 9, 2022 | 5:30 AM
DIBERI PENGIKTIRAFAN: Cik Zulfa Anas diiktiraf dengan anugerah Superstar di Anugerah Khidmat Bermutu Kesihatan Singapura ke-12 semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA
DIBERI PENGIKTIRAFAN: Cik Zulfa Anas diiktiraf dengan anugerah Superstar di Anugerah Khidmat Bermutu Kesihatan Singapura ke-12 semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA -

SETIAP hari di tempat kerja, Cik Zulfa Anas berhadapan dengan pesakit barah, termasuk mereka yang baru didiagnos, dan mereka yang telah diberitahu tiada lagi rawatan untuk mengawal penyakit itu.

Di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), beliau melihat pesakit yang keliru dengan seribu satu soalan, serta mereka yang berkeras tidak mahu menjalani rawatan atau pembedahan.

Berbekalkan pengalamannya sendiri menghadapi barah tulang dan buah dada sebelum ini, Cik Zulfa, 52 tahun, berusaha membantu menjawab soalan pesakit sebaik mungkin, seperti makanan yang boleh dimakan dan yang perlu dielakkan ketika menjalani rawatan.

Semalam, jururawat berpengalaman 32 tahun itu diiktiraf dengan anugerah Superstar di Anugerah Khidmat Bermutu Kesihatan Singapura ke-12 semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg