Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Konsert amal ChildAid 2023 bertema muzikal misteri Peranakan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsert amal ChildAid 2023 bertema muzikal misteri Peranakan

Dec 08, 2023 | 05:59 PM



Sebuah makan malam muzikal dengan gaya peranakan berlatar 1930-an.

Kehilangan seorang penyanyi yang penuh misteri.

Petunjuk yang tersembunyi dalam mangkuk tingkat tradisional.

Suspek yang duduk di antara para tetamu.

Inilah antara kejutan yang dihidangkan kepada para tetamu dalam acara dana amal ChildAid 2023.

Dianjurkan The Business Times (BT) dan The Straits Times (ST), pengumpulan dana amal tahunan untuk kanak-kanak kali ini dibentangkan sebagai muzikal misteri serta hidangan makan malam di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) pada 4 Disember.


Kehadiran para tetamu disambut dengan sajian empat hidangan makan malam ‘fusion’ gaya Peranakan, disediakan oleh syarikat Purple Sage.

Para tamu juga dikehendaki memberi perhatian kepada persekitaran mereka, yang memberi petunjuk bagi menyelesaikan misteri yang sedang ditayangkan sebelum hidangan penutup disajikan.

Majlis itu dihadiri tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, didampingi oleh isterinya, Cik Chang Hwee Nee. Bersama para tamu, mereka diundang meneka identiti ‘pesalah’ bagi misteri itu dan memberi jawapan mereka melalui telefon bimbit.

Antara tetamu lain yang hadir termasuk Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Teo Lay Lim; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil, Encik Wong Wei Kong; Editor ST, Encik Jaime Ho; dan Editor BT, Cik Chen Huifen.

Penampilan musik dan tarian dipersembahkan oleh 48 bakat muda berusia enam hingga 19 tahun, dengan irama tema ‘whodunnit’ oleh How Drama.

Di akhir malam, acara itu berjaya mengumpul $2,008,163 untuk kededua dana amal – Dana Wang Saku Pelajar ST (STSPMF) dan Dana Seniman Muda BT (BTBAF). Dana tersebut bertujuan memberi sokongan kewangan kepada sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak dari isi rumah berpendapatan rendah setiap tahun.

Antara derma tertinggi pada malam itu diterima daripada UOB, Encik Mohamed Abdul Jaleel (dari syarikat MES Group) dan Citi Singapura. Sumbangan mereka dan sumbangan para tetamu lain menjana sejumlah $30.6 juta bagi semua 19 edisi ChildAid yang ditampilkan sejak 2005.

DPM Heng berkata: “Sikap dedikasi dan semangat yang digambarkan oleh kanak-kanak ini telah menyentuh hati para tetamu yang hadir malam ini dan mencerminkan kesan positif yang dapat diperoleh daripada usaha kolektif kita terhadap golongan yang memerlukan.”

Konsert itu boleh ditonton secara online mulai 8 Disember. Kunjungi str.sg/childaid23.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >