Konsert ChildAid jaya kumpul $2 juta bagi dana khas kanak-kanak
Premium
Konsert ChildAid jaya kumpul $2 juta bagi dana khas kanak-kanak
Nov 27, 2018 | 5:30 AM
KUMPUL DANA: Mahirah (kanan) telah menyampaikan lagu If I Ain't Got You nyanyian asal Alicia Keys, bersama dua lagi penyanyi di konsert ChildAid tahun ini. - Foto SPH -
KONSERT ChildAid tahun ini anjuran bersama The Straits Times dan The Business Times berjaya mengumpulkan lebih $2 juta bagi dua dana berbeza khas buat kanak-kanak.
Konsert yang membuka tirai kelmarin, bertujuan mengumpul wang bagi Dana Wang Perbelanjaan Sekolah The Straits Times, yang memberi wang perbelanjaan kepada kanak-kanak sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah, dan Dana Artis Sedang Meningkat The Business Times, yang membantu membiayai latihan seni untuk kanak-kanak dan belia yang kurang bernasib baik.

