Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsert percuma SSO kembali diadakan bulan depan

Feb 24, 2021 | 5:30 AM
11f34f3c-cfac-418b-96f9-0f2e67bb6d1c
-

KONSERT masyarakat percuma Orkestra Simfoni Singapura (SSO) yang dinanti-nantikan kembali lagi pada Mac akan datang.

Konsert SSO percuma pertama ini akan dipersembahkan di Dewan Konsert Victoria pada 19 Mac 12.30 tengah hari dan 21 Mac 4 petang.

Kedua-dua konsert tersebut akan dikendalikan oleh konduktor Joshua Tan dan akan merangkumi persembahan karya Grieg dan Tchaikovsky.

Hanya 150 tiket tersedia untuk setiap persembahan ini dan pendaftaran bermula 5 Mac pada 10 pagi.

Bulan Mac juga akan menyaksikan kembalinya siri dalam talian kanak-kanak popular SSO, Musical Soundbites.

Konduktor Jessica Gethin kembali sekali lagi untuk siri kedua video mingguannya dalam talian setelah sambutan yang baik dalam siri pertama menjelajah Haiwan Saint-Saëns, yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha digital SSO semasa tempoh pemutus litar tahun lalu.

Kali ini beliau akan memperkenalkan kepada kanak-kanak kepada Variasi Enigma Elgar selama empat minggu.

Program dalam talian Musical Soundbites: Enigma Variations akan dikeluarkan setiap Ahad dari 14 Mac 3 petang di laman YouTube dan Facebook SSO dan boleh ditonton secara percuma.

Selain itu, siri Konsert untuk Kanak-kanak buat pertama kali akan dianjurkan dalam talian dengan program yang dirancang untuk anak muda dan disesuaikan dari buku cerita tempatan: 'Pelajaran Super-Duper Sabtu'.

Rancangan dalam talian itu menceritakan kisah Aish, yang 'terkurung' dalam kelas dan menyelesaikan soalan matematik ketika sesuatu yang luar biasa berlaku: coretannya mula bergerak.

Konsert khas ini akan memperkenalkan kanak-kanak kepada muzik klasik melalui penceritaan, serta mendekati mereka melalui ilustrasi, animasi dan muzik yang dipersembahkan oleh SSO.

Konsert ini disyorkan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Pembelian awal tiket akan ditawarkan mulai 17 Mac hingga 20 Mac pada harga $15.

Tiket tersebut kemudian akan berharga $20 selepas 20 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg