KONSERT percuma 'SPH Gift of Music' akan membuka tirai program tahun ini dengan Simfoni di Taman oleh Orkestra Simfoni Singapura (SSO) di Gardens by the Bay.

Dianjurkan oleh Singapore Press Holdings (SPH), acara 'SPH Gift of Music' yang akan bermula Sabtu ini bakal meraikan sambutan ulang tahun SPH ke-35.