Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Konvoi amal’ 400 motosikal kumpul lebih $40,000 bagi pesakit barah kanak-kanak

Aug 13, 2023 | 8:23 PM
KUMPUL DANA: Seramai 400 penunggang motosikal terlibat dalam pengumpulan dana anjuran Riders Aid Singapore pada 2023. Acara itu turut dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.
KUMPUL DANA: Seramai 400 penunggang motosikal terlibat dalam pengumpulan dana anjuran Riders Aid Singapore pada 2023. Acara itu turut dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing. - Foto oleh SUIED MD SENIN

‘Konvoi’ 400 penunggang motosikal berjaya mengumpul lebih $40,000 bagi pesakit barah kanak-kanak pada Ahad.

Sumbangan yang dikumpulkan oleh kumpulan motosikal pelbagai bangsa dan agama itu telah disampaikan kepada wakil Yayasan Barah Kanak-Kanak dalam satu majlis yang diadakan di Loyang Tua Pek Kong.

Acara anjuran Kumpulan Riders Aid Singapore itu turut disertai Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Pelbagai persembahan, termasuk tarian Melayu dan India, turut menyerikan majlis tersebut.

Acara amal tahunan itu bermula semula pada 2022 selepas dihentikan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak $30,000 dikumpulkan pada 2022 dan telah disumbangkan kepada Yayasan Barah Kanak-Kanak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg