AMPRO Foundation percaya ia merupakan badan kemanusiaan pertama yang menjagatkan daging korban.
Badan kamanusiaan ini memulakan program Qurban Amal AMPRO pada 1999 yang kini sudah berlangsung lebih daripada 20 tahun dengan matlamat menjalankan ibadah korban di luar negara dan mengagihkan daging korban tersebut secara global kepada benefisiari di pelbagai negara.
Pada tahun ini, dan buat julung-julung kalinya, AMPRO menghulurkan bantuan Qurban Amal AMPRO kepada pelarian Uighur yang berlindung di Turkey.
Merentasi sempadan, AMPRO telah mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan, tidak kira bangsa atau latar belakang dan tidak kira di mana mereka berada - di tempat yang susah dijangkau; tempat yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik; di tempat yang dilanda bencana alam atau persengketaan - agihan tetap disampaikan.
Ini kerana proses pengetinan daging korban yang dipelopori AMPRO boleh memanjangkan hayat daging korban itu; mutu daging tidak terjejas dan sekali gus menjadikan ia sumber makanan segera.
Daging korban AMPRO telah memberi manfaat kepada segolongan besar orang yang memerlukan di serata dunia.
Antara kegiatan AMPRO:
PELARIAN DARIPADA BENCANA ALAM DAN PERSENGKETAAN
Memandangkan golongan pelarian semakin bertambah - 26 juta pelarian dilaporkan tersebar di serata dunia - AMPRO amat prihatin dengan perkembangan ini dan bertindak untuk memberi lebih perhatian kepada golongan pelarian ini.
Sebelum ini, daging korban telah dihulurkan kepada pelarian Palestin dan Syria di Lebanon dan Jordan sejak 2011. Pelarian Rohingya di Cox Bazar, Bangladesh, dan di Myanmar juga merupakan antara penerima daging korban daripada AMPRO.
Sejak kebelakangan ini juga terdapat laporan bahawa Yaman sedang dilanda kemelut kemanusiaan yang genting. Apa yang menyedihkan, kanak-kanak yang menderita akibat kekurangan makanan, dengan dianggarkan seramai 400,000 kanak-kanak akan menjadi mangsa kebuluran.
Penduduk Yaman yang hidup di tengah-tengah persengketaan dan ekonomi yang gawat sangat memerlukan bantuan, terutama sekali bantuan makanan.
Lantaran itu, AMPRO menyediakan pakej-pakej korban dalam satu pendekatan yang menyeluruh. Ia juga menawarkan program Qurban Amal AMPRO sebagai sebahagian daripada pakej bantuan kemanusiaannya.
PROJEK QURBAN AMAL DAN PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg