Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korban luar negara jimat kos, masjid boleh perluas usaha ihsan: SalamSG Korban

Lebih banyak syarikat privet tawar khidmat korban luar negara sempena musim haji ini
May 29, 2023 | 5:30 AM
KORBAN LUAR NEGARA: Lebih ramai warga Singapura kini terbuka mendapatkan khidmat korban di luar negara, dengan ada yang menempah haiwan sejauh benua Afrika. Gambar ini menunjukkan penerima daging korban di Kenya pada 2021, yang dijalankan syarikat Nur Insan.
KORBAN LUAR NEGARA: Lebih ramai warga Singapura kini terbuka mendapatkan khidmat korban di luar negara, dengan ada yang menempah haiwan sejauh benua Afrika. Gambar ini menunjukkan penerima daging korban di Kenya pada 2021, yang dijalankan syarikat Nur Insan. - Foto NUR INSAN

KHIDMAT korban di luar negara lebih menjimatkan dari segi kos bagi kededua masjid dan sohibul korban, dan ini akan membolehkan masjid-masjid memperluaskan inisiatif ihsan mereka, seperti pengagihan daging korban kepada golongan memerlukan, di luar bulan Zulhijah, kata SalamSG Korban.

Jawatankuasa itu menyatakan demikian kepada Berita Harian (BH) ketika menjawab soalan berhubung urusan ibadah korban umat Islam Singapura pada 2023.

Pada 16 Mei 2023, mereka mengumumkan bahawa 52 masjid akan menawarkan khidmat korban di luar negara sempena musim korban 2023 dengan setiap kambing berharga antara $360 dengan $380 seekor – harga tertinggi yang ditawarkan sejak ibadah tersebut dijalankan di Australia tatkala bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020.

Hanya dua masjid – Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Sembawang dan Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang – dipilih menjalankan ibadah korban secara langsung di sini dan ia akan dilakukan sepenuhnya oleh pengendali privet.

Ditanya apakah khidmat korban di luar negara akan menjadi satu norma pada tahun-tahun mendatang dan jika ibadah korban secara langsung di masjid-masjid tidak lagi akan diadakan pada masa depan, jawatankuasa itu berkata:

“SalamSG Korban memerhatikan trend di mana para Muslim me-[Ϟ]lakukan ibadah korban mereka di luar[Ϟ] negara. Kami menyediakan mereka pilihan ini untuk membawa daging korban ke Singapura dari Australia. Pahala melakukan korban di dalam dan luar negara adalah sama.

“Melakukan korban di luar negara juga lebih menjimatkan kos bagi kedua-dua masjid dan sohibul korban. Di samping itu, proses ini membolehkan masjid-masjid memper-[Ϟ]luaskan inisiatif ihsan mereka, seperti pengagihan daging kepada golongan memerlukan, iaitu penerima zakat, pekerja migran dan keluarga banduan, di luar bulan Zulhijah.”

Jawatankuasa itu menambah bahawa Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus telah dipilih bagi mengadakan korban secara langsung atas persetujuan mereka, ketua masjid dan pengendali tempatan, Aaliyah’s Pte Ltd, setelah mengambil kira jarak masjid tersebut yang jauh dari kawasan perumahan dan juga kawasan yang ramai orang.

Syarikat Aaliyah’s kemudian menyewa premis masjid tersebut untuk menjalankan korban.

“Oleh sebab seluruh operasi korban setempat dilakukan sektor privet, dua masjid tersebut tidak ter-[Ϟ]libat, kecuali dalam menyediakan ruang di masjid.

“Bakal sohibul korban dinasihatkan untuk menghubungi pengendali privet secara langsung (bukan pejabat masjid) bagi sebarang urusan berkaitan korban tempatan yang di-[Ϟ]jalankan di dua masjid ini,” kata SalamSG Korban.

Pemeriksaan BH mendapati terdapat lebih banyak syarikat privet yang menawarkan khidmat korban di luar negara tahun ini, termasuk syarikat QurbanNow SG yang di-[Ϟ]asaskan Encik Farehan Hussein.

Beliau berkongsi kemungkinan terdapat sekitar 100 syarikat setempat – terdiri daripada sekitar 20 penyedia khidmat korban utama dan bakinya peniaga ‘reseller’ – yang menawarkan khidmat itu tahun ini.

“Masyarakat kita kini lebih ter-[Ϟ]buka untuk melakukan korban di negara yang memerlukan bantuan. Perkara baik tentang melaksanakan korban di luar negara ialah ianya memberi fleksibiliti kepada mereka yang ingin lakukan ibadah korban untuk memilih negara yang berbeza setiap tahun dan harganya kekal berpatutan,” kata beliau.

“Masyarakat kita kini lebih terbuka untuk melakukan korban di negara yang memerlukan bantuan. Perkara baik tentang melaksanakan korban di luar negara ialah ianya memberi fleksibiliti kepada mereka yang ingin lakukan ibadah korban untuk memilih negara yang berbeza setiap tahun dan harganya kekal berpatutan.”
Encik Farehan Hussein, pengasas syarikat QurbanNow SG.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg