SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Korban rambut demi pesakit barah

Korban rambut demi pesakit barah

Jul 28, 2018 | 3:17 PM

Korban rambut demi pesakit barah

KORBAN RAMBUT: (Depan, dari kiri) Encik Horis Hosri, Wilson Wu Wen Hong dan Encik Sheam Kannan masing-masing dicukur oleh (belakang, dari kiri) penaung CCF, Profesor Madya Ho Peng Kee; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee; dan Pengerusi CCF, Encik Ho Cheng Huat.
KORBAN RAMBUT: (Depan, dari kiri) Encik Horis Hosri, Wilson Wu Wen Hong dan Encik Sheam Kannan masing-masing dicukur oleh (belakang, dari kiri) penaung CCF, Profesor Madya Ho Peng Kee; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee; dan Pengerusi CCF, Encik Ho Cheng Huat. - Foto CCF

"DADDY nanti rambut Asfa panjang, Asfa boleh pakai cekak dan klip rambut kan."

Begitulah harapan yang dinyatakan Asfa Horis, empat tahun, kepada ayahnya, Encik Horis Hosri, 35 tahun.

Seperti ramai kanak-kanak perempuan seusianya yang sukakan puteri-puteri, Asfa juga mahu kelihatan cantik dengan rambut panjang seperti puteri yang diminatinya itu.

Namun dek perlu menjalani rawatan kimoterapi, rambutnya sudah banyak gugur.

Asfa, yang menghidap Acute Lymphoblastic Leukaemia sejak berusia dua tahun, perlu menjalani pelbagai rawatan untuk mengawal dan memulihkan barahnya itu.

Untuk memberi sokongan kepada anaknya itu dan agar dia tidak rasa keseorangan dalam perjuangannya menentang barah, Encik Horis telah membuat keputusan mencukur rambutnya.

Beliau hadir di acara Hair for Hope 2018 di VivoCity hari ini (28 Julai) dan kepalanya dicukur botak oleh penaung Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF), Profesor Madya Ho Peng Kee.

"Dengan melakukan ini, saya dapat menyokong CCF. Tidak banyak yang boleh saya lakukan, jadi seberapa mana saya boleh bantu, saya lakukan," kata Encik Horis.

Turut hadir di acara tersebut ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg