KORIDOR hijau sepanjang 11 kilometer akan menghubungkan tiga taman nasional dari Jurong hingga Marina tidak lama lagi.
Koridor Hijau Bukit Timah - Rochor itu, yang dibina sepanjang longkang besar Bukit Timah akan menghubungkan Taman Tasik Jurong, Kebun Bunga Singapura dan Taman di Persisiran di Marina.
Dirancang sebagai laluan tanpa 'pecahan', penunggang basikal dan pejalan kaki boleh melawat tempat-tempat itu secara langsung menggunakan koridor hijau ini.
Kerja binaan bagi fasa pertama koridor itu - jambatan sepanjang 1.4 kilometer di atas longkang antara Bukit Timah dengan Dunearn Road - akan bermula pada 2021. Ada rancangan untuk melanjutkan jambatan ini ke Taman Kallang Riverside di masa hadapan.
Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong mengumumkan rancangan ini, serta perkembangan terkini bagi rancangan membangun Koridor Rel di Stesen Kereta Api Bukit Timah, di acara masyarakat di sana pada Sabtu (31 Ogos).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg