Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 1 dalam 5 pesakit di S'pura keluar rumah walaupun tak sihat

Mar 11, 2020 | 8:20 AM
b082d2e9-d77f-43ea-9799-47a4bf77a42a
- - Foto MARK CHEONG

SATU dalam lima pesakit yang disahkan mempunyai koronavirus di Singapura keluar rumah walaupun mereka tidak sihat, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Selasa (10 Mac).

Satu dalam empat orang juga berjumpa dengan lebih daripada seorang doktor, katanya dalam sidang akhbar untuk memberi perkembangan terkini mengenai Covid-19 di sini, lapor The Straits Times.

Menggesa warga Singapura untuk tidak keluar atau berganti-ganti doktor iika mereka tidak sihat, beliau berkata:

"Saya sangat bimbang banyak kes jangkitan setempat adalah akibat tindakan sosial tidak bertanggungjawab dari beberapa individu yang terus bekerja dan menghadiri acara, serta menyertai kegiatan walaupun tidak sihat, dan terus menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan dan kenalan lain."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg