Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 140,000 majikan terima $4 bilion melalui Skim Bantuan Pekerjaan mulai 28 Mei

May 17, 2020 | 8:14 PM
2e7b780d-f4a7-4524-b353-fa10afb07f52
-

Lebih 140,000 majikan akan menerima lebih $4 bilion dalam bentuk bayaran Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dari 28 Mei, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Ini sebahagian bantuan lebih $20 bilion yang diperuntuk Pemerintah melalui tiga Belanjawan tahun ini, kata Encik Heng dalam satu pos Facebook pada Ahad (17 Mei).

Menerusi skim yang bertujuan membantu majikan mengekalkan pekerja dalam tempoh pandemik Covid-19, pemerintah akan membayar 75 peratus daripada $4,600 pertama gaji bulan pekerja warga Singapura.

Menurut Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, sokongan gaji bagi firma di Singapura adalah penting dan menggesa syarikat untuk menggunakan subsidi ini untuk mengekalkan pekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg