Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 2 kemudahan terapung di Tanjong Pagar Terminal untuk pekerja asing

Apr 13, 2020 | 8:31 AM
Setiap kemudahan penginapan terapung boleh memuatkan beberapa ratus orang.
Setiap kemudahan penginapan terapung boleh memuatkan beberapa ratus orang. - KELVIN CHNG

Dua kemudahan penginapan terapung yang terletak di satu kawasan larangan di Terminal Tanjong Pagar akan menempatkan pekerja asing yang sihat, mulai minggu ini.

Setiap kemudahan boleh menampung beberapa ratus orang, dan dirancang bagi mencapai penjarakan yang selamat, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, setelah mengunjungi salah satu kemudahan itu pada hari Ahad (12 April).

Makanan boleh disediakan di luar tapak kemudahan itu dan dihantar ke kabin untuk mengurangkan pergaulan antara mereka, katanya dalam satu catatan Facebook.

Beliau berkata kelompok koronavirus dalam asrama pekerja asing adalah satu kebimbangan serius, dan usaha sedang dilakukan untuk mengurangkan kepadatan dalam setiap asrama.

"Di China, penyebaran dalam keluarga menunjukkan faktor utama. Setiap asrama adalah satu unit keluarga yang besar, oleh itu ia menjadi keprihatinan kami," kata Encik Khaw, yang juga Menteri Penyelaras Infrastruktur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg