Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 600 pemegang pas kerja yang telah ke China dibenarkan masuk S'pura

Feb 12, 2020 | 10:15 PM
Pemegang pas kerja yang telah ke China akan dibenarkan masuk Singapura. FOTO: EPA
Pemegang pas kerja yang telah ke China akan dibenarkan masuk Singapura. FOTO: EPA -

SEKITAR 600 pemegang pas kerja yang telah ke China telah dibenarkan masuk ke Singapura.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata ia telah meluluskan sekitar 200 pemohonan sejak peraturan baru bagi pekerja sedemikian berkuatkuasa selepas 11.59 malam pada Sabtu lalu.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja dalam khidmat penting seperti penjagaan kesihatan, pengangkutan dan pengurusan sisa, agar operasi dalam sektor itu tidak terjejas, katanya.

MOM akan memberi surat pengesahan yang perlu ditunjukkan pekerja terjejas kepada kakitangan lapangan terbang semasa masuk dan di pusat imigresen apabila mereka tiba di Singapura, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg