Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 7,800 flat BTO dilancarkan Ogos; beberapa projek BTO ditangguh sehingga 6 bulan

May 29, 2020 | 12:42 PM
Beberapa project BTO dijangka akan tertangguh sehingga enam bulan kerana kegiatan binaan yang tergantung di tengah-tengah tempoh 'pemutus litar'. - Foto FAIL ST
Beberapa project BTO dijangka akan tertangguh sehingga enam bulan kerana kegiatan binaan yang tergantung di tengah-tengah tempoh 'pemutus litar'. - Foto FAIL ST -

PEMBELI rumah yang tidak dapat memohon flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Mei ini disebabkan tempoh 'pemutus litar' akan dapat melakukan demikian dalam masa tiga bulan.

Ia apabila flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu yang asalnya dijadual bulan ini digabungkan dengan latihan pelancaran BTO pada Ogos.

HDB akan menawarkan sekitar 7,800 flat BTO di Ang Mo Kio, Bishan, Choa Chu Kang, Geylang, Pasir Ris, Tampines, Tengah dan Woodlands pada Ogos.

Lagi 5,700 flat di Bishan, Sembawang, Tampines, Tengah dan Toa Payoh akan dilancarkan pada November.

Daripada flat BTO ini, waktu menunggu bagi flat di Choa Chu Kang dan Tampines North dalam pelancaran Ogos dan flat di Tengah dalam pelancaran November, akan lebih pendek, kata HDB dalam kenyataannya pada Jumaat (29 Mei).

Namun, beberapa project BTO dijangka akan tertangguh sehingga enam bulan kerana kegiatan binaan yang tergantung di tengah-tengah tempoh 'pemutus litar'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg