Koronavirus: Duta jarak selamat, SG United dikerah ke estet perumahan HDB dalam tempoh putus litar
Koronavirus: Duta jarak selamat, SG United dikerah ke estet perumahan HDB dalam tempoh putus litar
Apr 7, 2020 | 5:47 AM
Duta jarak selamat akan mengingatkan penduduk di estet perumahan HDB supaya mengamalkan jarak selamat. - DESMOND WEE
Pegawai dari berbilang agensi pemerintah akan dihantar ke estet perumahan HDB di serata negara mulai hari ini untuk mengingatkan penduduk supaya tidak berkeliaran dan melaksanakan jarak selamat.
Ini dilakukan dengan Singapura memulakan tempoh pemutus litar sebulan - dari Selasa (7 April) hingga 4 Mei, di mana kebanyakan tempat kerja akan ditutup.
Sekolah-sekolah pula akan beralih sepenuhnya ke pembelajaran di rumah pada hari selanjutnya.
Dalam kenyataannya pada Isnin (6 April) Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (Mewr) berkata duta jarak selamat dan SG Clean, serta pegawai penguatkuasaan, akan dikerahkan dari beberapa agensi awam.

