Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Empat kes baru berkait dengan kelompok Wizlearn Technologies; tiga kes keluar hospital

Feb 29, 2020 | 8:47 PM
Kini terdapat lapan kes jangkitan baru yang berkaitan dengan Wizlearn Technologies, syarikat huraian e-pembelajaran di Science Park II, yang muncul sebagai kelompok koronavirus baru pada 28 Februari.
Kini terdapat lapan kes jangkitan baru yang berkaitan dengan Wizlearn Technologies, syarikat huraian e-pembelajaran di Science Park II, yang muncul sebagai kelompok koronavirus baru pada 28 Februari. - Foto BH oleh GIN TAY

Empat kes jangkitan Covid-19 baru telah disahkan, yang semuanya berkait dengan kelompok Wizlearn Technologies, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), hari ini (29 Februari).

Ini bermakna kini terdapat lapan kes mempunyai kaitan dengan syarikat huraian e-pembelajaran di Science Park II, yang menjadi kelompok jangkitan koronavirus baru.

Daripada kes jangkitan baru itu, dua adalah warga Singapura, seorang rakyat Malaysia dan seorang adalah warga Filipina.

Kesemuanya tiada sejarah perjalanan ke China, bandar Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan, kata MOH.

Jumlah jangkitan koronavirus keseluruhan di Singapura kini adalah 102 kes.

Sementara itu, tiga pesakit telah pulih dan dikeluarkan hospital. Sehingga kini, 72 kes yang sudah pulih secara keseluruhan.

Daripada 30 kes disahkan yang masih di hospital, ramai yang stabil dan beransur pulih manakala tujuh orang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg