Koronavirus: Kakitangan hospital privet dan PUB antara 9 kes baru, kanak-kanak 2 tahun antara yang pulih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Kakitangan hospital privet dan PUB antara 9 kes baru, kanak-kanak 2 tahun antara yang pulih

Feb 15, 2020 | 11:30 AM

Koronavirus: Kakitangan hospital privet dan PUB antara 9 kes baru, kanak-kanak 2 tahun antara yang pulih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DIRAWAT: Beberapa kes koronavirus kini dirawat di NCID di Hospital Tan Tock Seng. FOTO FAIL
DIRAWAT: Beberapa kes koronavirus kini dirawat di NCID di Hospital Tan Tock Seng. FOTO FAIL -

Lagi sembilan kes jangkitan koronavirus Covid-19 dikenal pasti pada Jumaat (14 Feb) termasuk seorangpekerja jagaan kesihatan dan enam pesakit yang boleh dikaitkan dengan gereja Grace Assembly of God.

Kelompok jangkitan di gerejak itu kini adalah yang terbesar di Singapura dengan 13 pesakit. Dua pesakit pertama yang berhubung gereja itu diuji positif pada 11 Feb.

Semua kes terbaru itu adalah warga Singapura dan mereka tidak pergi ke China baru-baru ini.

Dalam pada itu, dua kes telah pulih dan dibenar pulang dari hospital pada Jumaat, termasuk kanak-kanak perempuan dua tahun yang termasuk dalam kumpulan 92 warga Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan ke Singapura pada 30 Januari.

Satu lagi kes yang dibenar pulang ialah lelaki berusia 27 tahun yang menghadiri mesyuarat perniagaan di hotel Grand Hyatt Singapura bulan lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg