Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Kapal persiaran Italy labuh ikut jadual di S'pura, penumpang dikenakan pemeriksaan kesihatan sebelum turun

Mar 9, 2020 | 3:24 PM
Kapal persiaran Costa Fortuna telah ditolak kemasukan keThailand dan Malaysia disebabkan kebimbangan wabak Covid-19. - Foto COSTA CRUISES
Kapal persiaran Costa Fortuna telah ditolak kemasukan keThailand dan Malaysia disebabkan kebimbangan wabak Covid-19. - Foto COSTA CRUISES -

SEBUAH kapal persiaran Italy akan berlabuh mengikut jadual di Singapura pada Selasa (10 Mac), kata pihak berkuasa setempat dalam satu kenyataan.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), dalam kenyataannya pada Isnin (9 Mac), berkata semua penumpang di kapal Costa Fortuna yang boleh memuatkan 2,000 penumpang itu akan menjalani pemeriksaan sebelum dibenarkan turun.

"Doktor yang berada di kapal persiaran itu akan memeriksa penumpang dan anak kapal, untuk memastikan mereka sihat sebelum dibenarkan turun. Semua penumpang yang masuk ke Singapura perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebagai langkah berjaga-jaga."

"Tambahan itu, penumpang yang memasuki Singapura dan menunjukkan tanda-tanda demam atau simptom penyakit pernafasan juga boleh dikena ujian swab Covid-19," tambah kededua agensi itu.

Penumpang yang dikenal pasti untuk menjalani ujian swab Covid-19 tetapi enggan untuk melakukan sedemikian tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura.

MPA dan STB berkata kapal itu telah menyatakan dalam dokumen Penisytiharan Kesihatan Kelautan bahawa tiada penumpang di atas kapal yang demam atau mempunyai simptom penyakit pernafasan lain.

Kapal Costa Fortuna, yang telah berlayar selama 14 hari, itu kembali berlabuh di Singapura selepas dilarang berlabuh di Thailand dan Malaysia sebagai langkah pencegahan Covid-19 negara-negara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg