Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Lima rakyat S'pura atas kapal Diamond Princess dibenar turun

Feb 21, 2020 | 12:02 PM
Penumpang kapal persiaran Diamond Princess, yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Jeti Diakoku di Yokohoma, Jepun, dilihat menggunakan pelitup muka. - Foto: Reuters
Penumpang kapal persiaran Diamond Princess, yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Jeti Diakoku di Yokohoma, Jepun, dilihat menggunakan pelitup muka. - Foto: Reuters -

LIMA rakyat Singapura yang dikuarantin di atas kapal persiaran Diamond Princess di Yokohama, Jepun, telah dibenarkan turun dari kapal itu.

Mereka telah memutuskan untuk kekal di Jepun selama 14 hari sebelum kembali ke Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (21 Feb).

"Rakyat Singapura itu akan dikuarantin jika mereka pulang ke Singapura dalam tempoh 14 hari dari tarikh mereka turun dari kapal itu sebagai langkah berjaga-jaga tambahan menurut protokol kesihatan awam semasa kami," kata jurucakap MFA.

MFA berkata Kedutaan Singapura di Tokyo akan terus menyediakan bantuan kepada lima rakyat Singapura itu.

Kementerian itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana menghulurkan bantuan kepada kumpulan rakyat Singapura itu semasa tempoh kuarantin.

Lebih 600 penumpang telah diuji positif bagi Covid-19, menjadikan kapal itu kelompok jangkitan tunggal yang terbesar di luar China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg