Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Masjid, madrasah aLIVE pertingkat langkah kebersihan

Feb 15, 2020 | 6:30 PM
SOKONGAN BAGI JEMAAH: Pelitup dan cecair pencuci tangan(Sanitiser) disediakan di Masjid Mujahidin.
SOKONGAN BAGI JEMAAH: Pelitup dan cecair pencuci tangan(Sanitiser) disediakan di Masjid Mujahidin. - MASJID MUJAHIDIN

MASJID-MASJID dan madrasah aLIVE yang dikendalikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mempertingkat langkah kebersihan, selaras dengan usaha negara untuk mencegah penularan koronavirus Covid-19.

Antara lain, Masjid Mujahidin di Sterling Road ada menyediakan pelitup dan cecair membersih tangan (sanitiser) bagi kegunaan jemaah.

Masjid-masjid yang mengendalikan madrasah aLIVE, di Masjid Assyafaah dan Masjid Kassim, kini mula mengambil suhu badan pelajarnya sebelum kelas bermula.

Di Masjid Darussalam di Clementi pula, permaidani di ruang solat utama telah dibersihkan.

Bercakap kepada media pada Jumaat (14 Februari) Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sedang institusi keagamaan seperti masjid memainkan peranan mempertingkat langkah kebersihan, setiap jemaah turut berperanan menjaga kebersihan diri dan juga di masjid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg