SEMUA cawangan restoran Mcdonald's di Singapura telah ditutup sejak 11 pagi semalam sehingga 4 Mei ini sebagai langkah pencegahan bagi melindungi kakitangan dan pelanggannya daripada penyebaran virus Covid-19, namun syarikat itu berkata gaji pekerjanya tetap dijamin.
Kata seorang jurucakap Mcdonald's kepada The Straits Times (ST), syarikat itu akan terus membayar gaji kakitangannya yang terjejas akibat penutupan restoran itu.
"Dua minggu yang akan datang ini akan membolehkan pekerja kami duduk di rumah dan dipastikan bahawa pekerjaan mereka dijamin," kata jurucakap itu.
Ini setelah syarikat itu memaklumkan menerusi satu kenyataan di Facebook pada Ahad bahawa semua operasi restorannya akan digantung termasuk khidmat pandu lalu, khidmat penghantaran dan bawa pulang makanan,
Pada minggu lalu, tujuh pekerja diuji positif dijangkiti koronavirus.
Mcdonald's juga menambah, bekalan bahan makanan yang tidak tahan lama akan dibuang.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg