Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Murid sekolah rendah duduki kelas dalam talian

Apr 1, 2020 | 2:56 PM
PEMBELAJARAN DARI RUMAH: Sekitar 200,000 murid sekolah rendah tidak ke sekolah dan mengikuti jadual berbeza untuk menduduki kelas dalam talian. - FOTO: FAIL.
PEMBELAJARAN DARI RUMAH: Sekitar 200,000 murid sekolah rendah tidak ke sekolah dan mengikuti jadual berbeza untuk menduduki kelas dalam talian. - FOTO: FAIL. -

MURID sekolah rendah pada Rabu (1 Apri) merupakan golongan pertama yang menduduki kelas dalam talian dalam satu langkah oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mempersiapkan keluarga setempat sekiranya lebih kelas pembelajaran dari rumah harus diadakan berdasarkan keadaan wabak koronavirus ini.

Sekitar 200,000 murid sekolah rendah tidak keluar dari rumah dan mereka mengikuti jadual berbeza yang dirancangkan sekolah mereka berbanding jadual sewaktu di sekolah, lapor The Straits Times (ST).

Ada yang telah mendaftar masuk lelaman Ruang Pembelajaran Murid Singapura (SLS) - satu wadah pembelajaran dalam talian yang dibangunkan MOE- seawal 7.30 pagi sementara ada yang disuruh memulakan kelas dalam talian mereka pada tengah hari.

Langkah ini menggabungkan kelas dalam talian atau e-kelas bersama dengan tugas yang diberi kepada murid seperti kertas latihan yang harus mereka selesaikan.

Pendidikan jasmani turut diadakan dalam talian dan murid-murid telah disuruh untuk melakukan latihan selang intesif sambil mengikut senaman yang dipaparkan dalam satu video di YouTube.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg