Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej kesihatan, makan tengah hari tanda penghargaan bagi pekerja pembersihan

Mar 22, 2020 | 5:30 AM
TANDA PENGHARGAAN: Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung mengagihkan pakej kesihatan kepada pekerja-pekerja sebagai tanda penghargaan.di pusat penjaja Kampung Admiralty. - Foto BM oleh NG SOR LUAN
TANDA PENGHARGAAN: Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung mengagihkan pakej kesihatan kepada pekerja-pekerja sebagai tanda penghargaan.di pusat penjaja Kampung Admiralty. - Foto BM oleh NG SOR LUAN -

SELAIN pekerja kesihatan dan mereka yang bekerja di barisan hadapan lain, pekerja penyenggaraan dan pembersihan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan terjaga di persekitaran perumahan kita.

Semalam, Majlis Bandaran Sembawang telah membawa senyuman kepada pekerja-pekerja ini menerusi pakej kesihatan sebagai tanda penghargaan kepada golongan yang berusaha menangani krisis wabak Covid-19 kini.

Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang lain, Encik Amrin Amin, Encik Vikram Nair dan Dr Lim Wee Kiak, Cik Poh Li San yang juga Naib Pengerusi Sembawang Jawatankuasa Perundingan Rakyat telah melawat pusat makanan Kampung Admiralty bagi mengagihkan pakej tersebut.

Sebanyak 36 pakej yang diagihkan melibatkan sumbangan daripada aktivis Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Sembawang, Sayap Wanita PAP dan juga Majlis Bandaran Sembawang.

Pakej bernilai $130 termasuk baucar NTUC FairPrice, sanitiser tangan, Vitamin C, sabun mandi, semburan serangga, termometer, plaster berubat dan nota tulisan tangan daripada AP dan juga tadika PCF Sparkle Tots.

Dalam satu catatan di Facebook, Encik Ong berkata pekerja-pekerja ini telah bekeja keras terutamanya semasa penularan Covid-19.

"Pekerja-pekerja ini semua berada di barisan hadapan dan telah berusaha untuk memastikan persekitaran perumahan kita bersih dan terus menjaga kebersihan awam.

"Saya berharap mereka gembira dengan pakej kesihatan yang didapati dan akan mengunakannya semasa wabak Covid-19 ini,"kata Encik Ong.

Selain itu, Majlis Bandaran Sembawang juga telah menganjurkan majlis makan tengah hari tanda penghargaan buat pekerja pembersihan.

Menurut kenyataan Majlis Bandaran Sembawang, bagi memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab sosial, makanan dan pakej kesihatan ini akan terus diagihkan kepada pekerja lain dalam beberapa minggu mendatang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg