Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: PM dan menteri potong gaji tiga bulan dalam perpaduan dengan warga

Mar 26, 2020 | 7:01 PM
-

PERDANA Menteri, menteri Kabinet dan pemegang jawatan politik lain, serta Presiden, tidak akan mengambil gaji tiga bulan sebagai lambang perpaduan dengan warga Singapura dalam masa yang sukar ini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Khamis (26 Mac).

Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata pemegang jawatan politik akan mengambil tambahan potongan gaji dua bulan di samping pemotongan gaji satu bulan yang diumumkan bulan lalu berikutan keadaan koronavirus yang semakin teruk. "Presiden, Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker telah memberitahu saya yang mereka akan turut serta dan mengambil jumlah potongan jumlah gaji tiga bulan yang sama," kata Encik Heng ketika menyampaikan Belanjawan Tambahan. "Dalam masa-masa krisis yang keperibadian sebenar sesebuah negara dapat dilihat," katanya. "Kita semua menghadapi ini bersama-sama, dan kita semua harus menjaga satu sama lain dalam masa-masa yang sukar ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg