Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: PM Lee gesa masyarakat mainkan peranan atasi cabaran bersama

Feb 4, 2020 | 9:37 PM
Encik Lee (kanan) bertemu kakitangan barisan utama di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 31 Januari lalu. - Foto JASON QUAH
Encik Lee (kanan) bertemu kakitangan barisan utama di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 31 Januari lalu. - Foto JASON QUAH -

PERKEMBANGAN terkini mengenai jangkitan koronavirus adalah sesuatu yang telah dijangkakan negara ini.

Lantaran itu, Singapura perlu menanganinya dengan pengesanan awal dalam mengekang penularan virus lebih meluas, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam posnya di Facebook malam ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan enam kes jangkitan disahkan baru, termasuk empat kes jangkitan setempat.

"Memandangkan perkembangan terkini, kita mengambil langkah tambahan untuk melindungi golongan yang mudah terdedah kepada bahaya seperti kanak-kanak, warga tua dan pelajar. Kami akan juga meningkatkan pembersihan sekitaran," tambahnya.

Kata Encik Lee, satu hikmah adalah salah satu kes yang disahkan sebelum ini telahpun pulih dan dikeluarkan dari hospital.

"Jika kita terus memainkan peranan, mengamalkan kebersihan baik dan tanggungjawab sosial, kita boleh mengatasi ini bersama," gesa beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg