SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Koronavirus: PM Lee tulis nota Hari Kekasih buat pekerja jagaan kesihatan

Koronavirus: PM Lee tulis nota Hari Kekasih buat pekerja jagaan kesihatan

Feb 14, 2020 | 12:57 PM

Koronavirus: PM Lee tulis nota Hari Kekasih buat pekerja jagaan kesihatan

NOTA HARI KEKASIH: Encik Lee memberi penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan dalam satu nota Hari Kekasih yang diterbitkan di Facebook pada 14 Februari 2020.
NOTA HARI KEKASIH: Encik Lee memberi penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan dalam satu nota Hari Kekasih yang diterbitkan di Facebook pada 14 Februari 2020. - Foto: Facebook Perdana Menteri Lee Hsien Loong

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menulis satu nota Hari Kekasih untuk mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan pekerja penjagaan kesihatan yang menjaga pesakit setiap hari, terutama sekali di tengah-tengah wabak koronavirus sekarang.

"Jagaan penuh kasih sayang dan komitmen anda begitu penting sekali.

"Kami semua berdiri dengan anda dan memberikan sokongan penuh kami," tulis Encik Lee dalam nota tersebut, yang gambarnya diterbitkan di Facebook pada hari Jumaat (14 Feb).

Beliau menambah dalam posnya itu bahawa kumpulan ini melakukan lebih daripada tanggungjawab mereka untuk memastikan Singapura kekal selamat.

Pos itu ditandakan dengan #BraveheartSG, satu gerakan masyarakat yang mengundang orang ramai untuk menulis nota bagi memberi dorongan kepada kakitangan perubatan barisan depan, dan menerbitkan mesej itu di media sosial.

Orang ramai juga boleh menghantar e-mel ke braveheartsg2020@gmail.com.

Kumpulan masyarakat StandUpFor.SG, yang menerajui inisiatif itu, akan mencetak mesej tersebut dan mengedarkannya kepada kakitangan di institusi penjagaan kesihatan di serata negara bermula hari Jumaat (14 Februari).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg