Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Semua rumah penjagaan warga emas larang kunjungan hingga akhir April

Apr 1, 2020 | 11:15 PM
DILARANG MENGUNJUNG: Tanda notis diletak di gerbang masuk Rumah Penjagaan Warga Emas Lee Ah Mooi ekuran beberapa kes jangkitan yang melibatkan rumah penjagaan itu. - FOTO: KUA CHEE SIONG
DILARANG MENGUNJUNG: Tanda notis diletak di gerbang masuk Rumah Penjagaan Warga Emas Lee Ah Mooi ekuran beberapa kes jangkitan yang melibatkan rumah penjagaan itu. - FOTO: KUA CHEE SIONG -

SEMUA rumah penjagaan warga emas tidak akan membenarkan kunjungan mulai Khamis (2 Apr) sehingga akhir bulan ini, ekoran satu kelompok penularan baru melibatkan satu rumah penjagaan warga emas yang diumumkan pada Rabu (1 Apr).

Rumah penjagaan yang mempunyai lebih 200 katil akan menyediakan zon yang dipisah, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dalam kenyataannya tadi.

Larangan kunjungan ini dilaksana selepas satu kelompok jangkitan baru dikesan di Rumah Penjagaan Warga emas Lee Ah Mooi, di mana 11 kes jangkitan koronavirus diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan berasingan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg