Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Seorang lagi warga S'pura hadir majlis tabligh di KL sah dijangkiti Covid-19

Mar 14, 2020 | 11:40 PM
PERHIMPUNAN: Pihak berkuasa Malaysia kini berusaha mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Acara itu turut dihadiri 95 jemaah Singapura.
PERHIMPUNAN: Pihak berkuasa Malaysia kini berusaha mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Acara itu turut dihadiri 95 jemaah Singapura. - - Foto FACEBOOK

SATU lagi kes melibatkan warga S'pura yang menghadiri perhimpunan agama di Kuala Lumpur telah dikenal pasti, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menjadikan bilangan kes yang dijejaki kepada majlis tabligh itu kepada lima orang.

Lelaki yang berusia 44 tahun kini sedang dirawat di wad pengasingan di Hospital Besar Sengkang (SKH).

Dalam kenyataannya, MOH berkata lelaki itu telah ke Malaysia dari 28 Februari hingga 3 Mac.

Beliau menghadiri acara di Masjid Sri Petaling dan acara itu kini dikaitkan dengan beberapa kes jangkitan Covid-19 di Malaysia, tambah MOH. Sejumlah 95 warga Singapura telah menghadiri acara itu.

Pada 3 Mac, lelaki itu mula menunjukkan simptom Covid-19 dan beliau mendapatkan rawatan dua kali di klinik keluarga sebelum pergi ke SKH selang seminggu.

Sebelum ke SKH, lelaki itu, yang tinggal di Anchorvale Drive, telah pergi ke Masjid Al-Mawaddah di 151 Compassvale Bow, Masjid Jamae (Chulia) di 218 South Bridge Road dan Masjid Al Istiqamah di 2 Serangoon North Avenue 2.

Dalam pada itu, MOH melaporkan lagi 12 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikesan sehingga Sabtu. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan sejumlah 212 kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg