Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: SIA batalkan semua penerbangan ke Milan hingga hujung Mei menyusuli sekatan perjalanan

Mar 6, 2020 | 6:24 PM
Singapore Airlines (SIA) telah membatalkan semua penerbangan ke Milan sehingga hujung Mei.
Singapore Airlines (SIA) telah membatalkan semua penerbangan ke Milan sehingga hujung Mei. - Foto Fail

SINGAPORE Airlines (SIA) berkata pada Jumaat (6 Mac) yang ia telah membatalkan semua penerbangan ke Milan sehingga hujung Mei, berikutan sekatan yang dikenakan ke atas pengunjung dari utara Italy. Pembatalan itu dibuat dua hari selepas laporan tentang seorang penumpang yang kemudiannya disahkan dijangkiti Covid-19 telah ke Singapura menaiki perkhidmatan SQ355 syarikat penerbangan itu dari Milan. SIA pada Selasa mengumumkan pembatalan penerbangan ke beberapa destinasi, termasuk Milan, Korea Selatan dan Jepun, di tengah-tengah penularan koronavirus yang semakin meningkat, lapor The Straits Times. Syarikat itu dan syarikat penerbangan lain di serata dunia terjejas teruk oleh wabak itu, dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengatakan ia boleh menyebabkan syarikat penerbangan kerugian pendapatan sebanyak AS$113 bilion (S$157 bilion) tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg