Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: SIA, SilkAir batal lebih 100 penerbangan dek permintaan rendah

Feb 18, 2020 | 2:49 PM
SIA telah membatalkan beberapa penerbangan antara Mac dan Mei tahun ini ekoran permintaan lemah dek koronavirus Covid-19. FOTO: ONG WEE JIN
SIA telah membatalkan beberapa penerbangan antara Mac dan Mei tahun ini ekoran permintaan lemah dek koronavirus Covid-19. FOTO: ONG WEE JIN -

LEBIH 100 penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan SilkAir telah dibatalkan antara Mac dan Mei tahun ini ekoran permintaan lemah dek koronavirus Covid-19.

Penerbangan yang terjejas termasuk antara Singapura dengan negara seperti Jepun, Korea, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), umum SIA.

Ia berkata penumpang yang terjejas akan dihubungi dan dipindahkan ke penerbangan lain.

Penerbangan terawal yang terjejas ialah SQ968 dari Singapura ke Jakarta pada 3 Mac nanti, lapor The Straits Times.

SIA menambah bahawa mereka yang telah menempah tiket menerusi agensi pelancongan patut menghubungi ejen masing-masing, sementara mereka yang menempah tiket secara langsung dari SIA boleh menghubungi 6223 8888.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg