Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Skim Bantuan Pekerja dilanjutkan Pemerintah S'pura

Apr 23, 2020 | 6:09 PM
Foto: Fail.
Foto: Fail. -

MAJIKAN akan menerima lebih bantuan untuk terus menggajikan pekerja mereka sedang Pemerintah lanjutkan Skim Bantuan Pekerja (JSS) yang menawarkan subsidi pembayaran gaji sebanyak 75 peratus bagi semua sektor pada bulan Mei ini, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (23 April).

Dalam satu kenyataan, MOM berkata ini sebahagian langkah Belanjawan Kesepakatan yang bertujuan membantu majikan menyimpan pekerja setempat dan terus membayar gaji mereka sewaktu tempoh wabak koronavirus ini.

Tambah MOM, majikan yang telah memotong gaji pekerja mereka atau menyuruh mereka mengambil cuti tanpa gaji akan menerima bantuan bayaran yang lebih kurang pada pembayaran bantuan selanjut.

MOM turut akan menyiasat aduan mengenai amalan tidak adil oleh majikan terhadap pekerja bagi menjamin pembayaran JSS itu telah digunakan untuk mendorong pembayaran gaji pekerja.

Selain itu, langkah yang diperluas ini turut merangkumi rebat Levi Pekerja Asing (FWL) sebanyak $750 bagi setiap pemegang Pas S atau Permit Pekerjaan yang digajikan sehingga 29 Februari.

Pemerintah akan memperluas langkah ini dengan menawarkan rebat FWL sejumlah $750 bagi setiap pemegang Pas S atau Permit Pekerja yang digajikan sehingga 1 Mei dan penepian FWL yang harus dibayar pada Mei juga, sedang ia telah menepikan levi pada April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg