Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Tak perlu usir penyewa dalam kuarantin; tuan tanah boleh dikenakan sekatan

Feb 4, 2020 | 9:06 AM
TAK PERLU USIR: Tuan tanah yang didapati secara tidak bertanggungjawab mengusir penduduk mereka mungkin menghadapi sekatan dan dihalang daripada menyewakan flat mereka kepada pemegang pas kerja asing pada masa depan, kata pemerintah.
TAK PERLU USIR: Tuan tanah yang didapati secara tidak bertanggungjawab mengusir penduduk mereka mungkin menghadapi sekatan dan dihalang daripada menyewakan flat mereka kepada pemegang pas kerja asing pada masa depan, kata pemerintah. - FOTO FAIL

TUAN tanah yang mengusir penyewa yang dikenakan perintah kuarantin rumah, atau cuti tanpa hadir (LOA), atau berdasarkan kewarganegaraan semasa penularan koronavirus boleh dilarang daripada menyewakan kepada pemegang pas kerja asing pada masa depan.

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (3 Februari), Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga Manusia, berkata pemerintah telah menerima maklum balas mengenai tuan tanah yang mengusir penyewa seperti itu.

"Tuan tanah yang didapati secara tidak bertanggungjawab mengusir penduduk mereka mungkin menghadapi sekatan dan juga dihalang daripada menyewakan flat mereka kepada pemegang pas kerja asing pada masa depan," kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa berkata terdapat garis panduan bagi tuan tanah dengan penyewa yang berada dalam kuarantin rumah atau LOA, dan menambah tidak perlu usir penyewa seperti itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg