Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Temasek beku gaji kakitangan mulai April untuk kumpul dana

Feb 25, 2020 | 2:34 PM
Tangkap layar daripada video 'Stay Prepared Temasek' di Twitter yang melibatkan kakitangannya menyediakan sanitiser tangan bagi kakitangan barisan utama. - Foto TEMASEK/TWITTER
Tangkap layar daripada video 'Stay Prepared Temasek' di Twitter yang melibatkan kakitangannya menyediakan sanitiser tangan bagi kakitangan barisan utama. - Foto TEMASEK/TWITTER -

FIRMA pelaburan nasional Temasek akan membekukan gaji dan kenaikan pangkat kakitangannya mulai April ini untuk bantu mengumpul dana bagi mereka yang terjejas akibat wabak koronavirus. Selain itu, pengurusan kanan termasuk yang mereka yang memegang jawatan pengarah pengurusan dan ke atas, boleh mengambil potongan gaji asas sebanyak sehingga lima peratus secara sukarela, selama hingga setahun. Pada Isnin (24 Februari), Temasek berkata bajet yang pada awalnya diketepikan bagi kenaikan gaji pekerja, akan didermakan kepada inisiatif sukarelawan kakitangan Temasek, T-Touch, untuk menyokong masyarakat setempat mahupun di luar negara. Pengurangan gaji asas secara sukarela daripada pengurusan kanan juga akan didermakan, dan Temasek akan memadan satu dolar bagi setiap dolar yang didermakan. Tambahan itu, bonus tahunan pengurusanan kanan akan dikurangkan tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg