Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus Wuhan: Shanmugam puji pegawai ICA cemerlang meski di bawah tekanan

Feb 1, 2020 | 6:27 PM
Encik Shanmugam sedang mendengarkan taklimat dan penjelasan oleh salah seorang pegawai berhubung dengan langkah-langkah pemeriksaan tambahan ketika melawat ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Encik Shanmugam sedang mendengarkan taklimat dan penjelasan oleh salah seorang pegawai berhubung dengan langkah-langkah pemeriksaan tambahan ketika melawat ke Pusat Pemeriksaan Woodlands. -

Para pegawai imigresen Singapura telah bertugas dengan cemerlang walau di bawah tekanan sedang lebih banyak pemeriksaan diperkenalkan secara progresif bagi mengekang penularan koronavirus Wuhan, kata Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam.

"Kita telah melaksanakan langkah tambahan bagi memeriksa sejarah perjalanan dan tanda-tanda jangkitan...(walaupun) kita tidak mempunyai begitu ramai tenaga kerja tambahan, itu hakikatnya.

"Tetapi sistem berjalan lancar dan saya rasakan pegawai kita menunjukkan prestasi sangat cemerlang dalam menjalankan tugasan ini," kata Encik Shanmugam.

Beliau membuat lawatan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, tengah hari tadi untuk memerhatikan langkah pemeriksaan suhu badan yang dilaksanakan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta memberi sokongannya.

ICA telah memperkenalkan pemeriksaan suhu badan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 24 Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg