Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus:S'pura cari sumber pelitup baru, merancang hasilkan pelitup setempat

Feb 19, 2020 | 8:43 PM
Soerang wanita sedang menerima pelitup percuma di Hougang pada 1 Februari 2020. - Foto: Lim Yaohui
Soerang wanita sedang menerima pelitup percuma di Hougang pada 1 Februari 2020. - Foto: Lim Yaohui -

SINGAPURA kini sedang mencari sumber bekalan baru bagi pelitup muka dan membangunkan keupayaan untuk menghasilkan produk itu kerana negara Asia lain telah mengurangkan jumlah eksportnya, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.

"Dalam beberapa minggu ini, beberapa negara seperti Taiwan, Thailand dan India telah melarang atau mengetatkan peraturan bagi eksport pelitup," katanya dalam satu tulisan menjawab soalan di parlimen pada Selasa (18 Feb).

"Oleh itu, kami sedang memperkuatkan ketabahan rantaian bekalan (pelitup) termasuk mencari sumber baru dan membangunkan keupayaan menghasilkan pelitup setempat," ujar beliau dalam jawapan bertulis bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien berhubung dengan soalan yang diajukan di parlimen, semalam.

Tambah Encik Lawrence, pemerintah sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahan asas seperti pelitup tetap ada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg