Premium
Kos anjur NDP tahun ini $39.4 juta
Tempat lebih besar di Stadium Negara, dapat disaksi 275,000 penonton
Mar 1, 2016 | 5:30 AM

SAMBUTAN NDP TAHUN LALU: NDP tahun lalu yang diadakan di Padang menelan belanja $40.5 juta. Ia juga diadakan serentak dengan perayaan meraikan ulang tahun ke-50 Singapura. - Foto fail -
PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, yang akan diadakan di Stadium Negara di Hab Sukan, akan menelan belanja $39.4 juta, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Kos itu adalah dua kali lebih tinggi berbanding pertunjukan lalu yang diadakan di Pentas Terapung Marina Bay, yang menelan belanja antara $15.7 juta dengan $17.9 juta.

