Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koswe semakin sesak sejak mula cuti sekolah

Jun 10, 2022 | 5:30 AM
Foto BH oleh KHALID BABA
Foto BH oleh KHALID BABA -

BELUM lagi waktu 'sibuk', tetapi koswe sudah pun sesak dengan deretan kenderaan yang menuju ke seberang Tambak.

Tinjauan Berita Harian (BH) tengahari semalam menunjukkan kesesakan yang luar biasa, meskipun ia di luar waktu sibuk berdasarkan nasihat yang dikeluarkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) kelmarin.

Menurut ICA, waktu sibuk semasa meninggalkan Singapura sepanjang bulan ini termasuk setiap Jumaat, dari 6 petang hingga 11.59 malam; Sabtu dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 9 malam hingga 11.59 malam, serta Ahad dari 6 pagi hingga 8 pagi.

Kelmarin, ICA mengatakan bahawa seramai 262,000 pelawat telah melintasi pusat pemeriksaan darat antara 3 hingga 5 Jun, yang kebetulan merupakan permulaan cuti sekolah Jun.

Trafik sesak dijangka berterusan sepanjang Jun sehingga penggal sekolah bermula pada 27 Jun 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg