Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kotak kitar semula percuma Bloobox untuk setiap isi rumah

Mar 18, 2023 | 5:30 AM
BIASAKAN TABIAT KITAR SEMULA: Bloobox kotak kitar semula untuk digunakan di rumah bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih senang. - Foto NEA
BIASAKAN TABIAT KITAR SEMULA: Bloobox kotak kitar semula untuk digunakan di rumah bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih senang. - Foto NEA -

SETIAP isi rumah di Singapura akan dapat mengumpul kotak kitar semula rumah secara percuma, yang dikenali sebagai Bloobox, daripada mesin layan diri yang terletak di seluruh pulau dari Ahad 19 Mac hingga 30 April.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Agensi Sekitaran Nasional (NEA) untuk menyemai tabiat kitar semula dengan menyediakan sudut kitar semula di rumah.

Bloobox yang direka oleh sepasukan pelajar dari Institut Teknologi Singapura (SIT) bertujuan membantu mengurangkan kadar pencemaran dalam tong kitar semula berwarna biru sambil melengkapkan usaha Singapura untuk menjadikan kitar semula lebih mudah untuk isi rumah sambil meningkatkan kesedaran tentang faedahnya.

"Kita mesti membiasakan semua orang untuk mengitar semula di rumah jika negara kita mahu mencapai sasaran 70 peratus kadar kitar semula keseluruhan menjelang 2030.

Kita juga harus mengitar semula dengan betul supaya kita tidak mencemarkan bahan kitar semula dan tanpa disedari menjejaskan usaha kitar semula kita. Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk mengurangkan pembaziran dan, bersama-sama, kita boleh membuat perubahan," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NEA, Encik Ram Bhaskar.

Bloobox mempunyai arahan yang dicetak untuk membantu isi rumah mengenal pasti bahan yang boleh dan tidak boleh dikitar semula.

Sebagai contoh, ia menerangkan bahawa kertas, logam, plastik dan kaca boleh dikitar semula.

Selain itu, kotak itu boleh dilipat dan boleh memuatkan sehingga lima kilogram kertas, plastik, logam atau kaca kitar semula, atau e-sisa dan boleh dicuci dan digunakan semula.

Ia juga mempunyai ciri pembahagi yang boleh ditanggal yang membolehkan isi rumah mencipta petak berasingan untuk barangan e-sisa kecil.

Bloobox boleh diambil daripada mesin layan diri di lebih 140 lokasi di seluruh Singapura seperti kelab masyarakat, pertukaran bas terpilih dan ruang umum.

Penduduk perlu mengimbas NRIC atau SingPass Digital mereka untuk mengambil kotak kitar semula itu.

CARA GUNAKAN BLOOBOX

- Kenal pasti tempat sesuai di rumah untuk dijadikan sudut kitar semula, seperti di sebelah tong sampah.

- Buka kotak kitar semula dan letakkan di sudut kitar semula.

- Letakkan penyekat dalam kotak ikut pilihan pengguna. Ini untuk asingkan barangan e-sisa yang lebih kecil daripada barang kitar semula yang lain.

- Letakkan kaca bersih, kertas, plastik dan logam yang boleh dikitar semula di dalam petak utama kotak. Letakkan barangan e-sisa dalam petak yang kecil.

- Apabila kotak kitar semula penuh, bawa ke tong kitar semula yang terdekat dan kosongkan kandungan petak utama dalam tong biru kitar semula.

- Barangan e-sisa seperti lampu dan bateri harus diletakkan ke dalam tong sampah elektronik terdekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg